Wong Tan Tze

P/62 tahun
(Suri rumah)




Untuk menerima hakikat bahawa saya menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRF) adalah amat sukar. Saya langsung tidak percaya dengan kata-kata doktor.

Akibatnya selepas 2 tahun, saya mula mengalami masalah sesak nafas, bengkak kaki, kulit gatal dan mengeluarkan cecair kerana saya tidak pernah berjumpa doktor dalam tempoh tersebut walaupun temujanji telah dibuat.

Hingga akhirnya saya pengsan dan dibawa ke hospital. Apabila saya sedar, saya telah pun menjalani rawatan dialisis. Pada masa itu barulah saya menyesal kerana tidak mendengar nasihat doktor.

Menjalani rawatan di Persatuan Hemodialisis Kinabalu, Sabah (PHKS) merupakan pilihan yang tepat. Kini setelah 2 tahun , saya amat bersyukur kerana diberi peluang menjalani rawatan di sini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua kakitangan dan pihak pengurusan PHKS dan juga masyarakat yang sudi menderma dan memberi sumbangan agar PHKS terus beroperasi. Jasa anda semua hanya Tuhan yang dapat membalasnya.