Tan Wah Kwee

Lelaki / 56 tahun / Cina

Saya merupakan penghidap penyakit darah tinggi (HPT) selama 10 tahun dan sepanjang tempoh itu saya tidak pernah mendapatkan rawatan/ nasihat daripada doktor sama ada di hospital atau klinik. Saya hanya membeli ubat sendiri.

Walaupun badan saya kurang bertenaga dan cepat penat serta air kencing saya berbuih saya masih tidak pergi menerima rawatan profesional. Sehingga ada satu masa saya berasa seluruh badan saya sakit dan tidak selesa barulah saya pergi ke hospital atas bantuan rakan saya.

Doktor mengesahkan buah pinggang saya telah rosak dan perlu menjalani rawatan hemodialisis. Doktor menerangkan secara ringkas kerosakan ini berpunca daripada penyakit HPT yang tidak terkawal yang saya alami. Apatah lagi saya tidak mendapatkan nasihat daripada profesional dan hanya berubat sendiri. Saya sangat menyesal dan tertekan kerana tidak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dari mula lagi.

Saya diperkenalkan dan dinasihatkan untuk membuat permohonan di Persatuan Hemodialisis Kinabalu, Sabah (PHKS).

Saya amat bertuah kerana diterima untuk menjalani rawatan di sini kerana perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan. Semua kakitangannya sangat baik dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus hidup.

Kini keadaan fizikal saya semakin bertambah baik dan saya berharap pada masa akan datang saya dapat menjalani rawatan pemindahan buah pinggang jika ada penderma agar saya dapat hidup normal seperti dahulu.