Suhaidah Sapari



Assalamualaikum..

Saya disahkan menghidap ESRF pada tahun 2010 dan mula mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Queen Elizabeth selama 2 tahun sebelum berpindah ke Persatuan Hemodialisis Kinabalu, Sabah (PHKS).

Oleh itu saya tidak menghadapi sebarang masalah bila memasuki tempat yang baru kerana telah ada pengalaman sebelum ini. Apa yang berbeza adalah  suasana di sini amat selesa dan tidak sibuk seperti di hospital dan layanan yang diberikan oleh staf juga bagus.

Saya mengalami masalah cirit-birit yang tidak dapat dikawal selama sebulan dan ini menunjukkan petanda awal yang badan saya bermasalah. Pada mulanya, doktor mahu melakukan pembedahan jantung kerana banyak air.

Walaubagaimanapun, ujian darah telah dilakukan dan doktor kemudiannya mengesahkan saya menghidap ESRF. Saya berasa amat sedih dan kecewa apabila mendengar berita ini.

Saya pernah balik ke kampung untuk mendapatkan rawatan tradisional kerana menyangka saya terkena buatan orang disebabkan rasa gatal-gatal pada badan (kulit), cepat letih dan cepat marah. Tetapi masalah ini berkurangan selepas saya menerima rawatan dialisis.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jururawat yang merawat saya kerana memberi sokongan dan nasihat serta memberi semangat kepada saya untuk terus hidup.