Wong Fook Tshin

P/69 tahun
Berkahwin, 3 orang anak




Saya menghidap penyakit buah pinggang sejak berumur 66 tahun. Saya hanya seorang suri rumahtangga  dan membantu suami yang bekerja sebagai pembantu tukang jahit.

Saya merupakan seorang pesakit diabetes dan menerima rawatan dari Hospital Queen Elizabeth serta  Klinik Luyang, Kota Kinabalu sejak 30 tahun yang lalu.

Doktor pakar Hospital Queen Elizabeth mendapati  bacaan  Kreatinin saya agak tinggi. Doktor mengesahkan bahawa saya menghadapi kerosakan buah pinggang tahap akhir (ESRF) dan mengesyorkan saya untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Ketika itu, saya amat bimbang dengan kos dan kaedah rawatan. Setelah menjalankan pembedahan Arteriovenous Fistula (AVF), saya memulakan rawatan hemodialisis di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada akhir bulan Ogos 2010.

Pegawai Hemodialisis QEH telah memperkenalkan Persatuan Hemodialisis Kinabalu, Sabah (PHKS) kepada saya dan permohonan telah dikemukakan serta diluluskan. Saya telah memulakan rawatan hemodialisis di Persatuan Hemodialisis Kinabalu yang berlokasi di Tanjung Aru mulai bulan Februari 2011.

Di PHKS, pengurus dan jururawatnya agak peramah [friendly] serta profesional ketika bertugas. Saya amat bersyukur dan gembira mendapat sokongan dan khidmat nasihat daripada mereka.  Semangat saya kembali pulih untuk menjalani rutin kehidupan seperti biasa.   

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pengurus dan semua jururawat yang berkhidmat di pusat hemodialisis PHKS.