Lo Foh Min

L/69 tahun
(Penjual benih buah-buahan)


Nasihat saya kepada masyarakat di luar sana, amalkanlah gaya hidup yang sihat.

Dahulu saya merupakan seorang ‘alcoholic’ dan perokok aktif walaupun kerap dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti tetapi saya masih tidak ambil peduli.

Sehinggalah saya tiba-tiba tidak sedarkan diri (koma) dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Ketika sedar dari koma, saya telahpun menjalani rawatan dialisis. Rupa-rupanya  kaki bengkak, kurang selera makan, penglihatan kabur, dan cepat letih  yang saya alami adalah tanda –tanda awal buah pinggang saya telah rosak.

Saya rasa amat tertekan sehingga ada satu tahap saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Walaubagaimanapun, saya amat bertuah kerana isteri saya sentiasa di sisi dan memberi dorongan kepada saya untuk terus hidup. Perlahan-lahan semangat saya naik semula.

Selepas beberapa ketika menjalani rawatan dialisis di hospital, saya dinasihatkan untuk membuat permohonan di Persatuan Hemodialisis Kinabalu, Sabah (PHKS).

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan PHKS kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani rawatan di sini serta semua staf/ jururawat yang telah memberikan perkhidmatan rawatan yang memuaskan.